Suid, Mohd Helmi
(2014)
Pendekatan Baharu Penapis Median Pensuisan Untuk Pengurangan Hingar Impuls Tahap Rendah Pada Imej Digital.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Penggunaan informasi visual berasaskan imej digital telah mendapat perhatian yang
begitu meluas kerana ciri-cirinya yang fleksibel dan mudah untuk dimanipulasi.
Namun, imej digital yang menjadi input asas kepada sesuatu sistem aplikasi sering
dicemari oleh hingar. Antara jenis hingar yang lazimnya terdapat pada imej digital
ialah hingar impuls. Oleh itu, dua jenis penapis baharu berasaskan skim pensuisan
untuk penyingkiran hingar impuls pada imej digital telah diperkenalkan. Kedua-dua
penapis ini yang dinamakan sebagai penapis Median Pensuisan Statistik Dwigelongsor
(Dual Sliding Statistics Swi/ching Median filter (MPSDG)) dan penapis
Median Pensuisan Hibrid Mahir (Adroit Hybrid Swi/ching Median filter (MPHM)
adalah penapis dua-peringkat yang terbahagi kepada peringkat pengesanan hingar
serta penapisan hingar. Dalam kaedah MPSDG, pengesanan hingar dilaksanakan
terlebih dahulu dengan memproses statistik tetingkap pengesan setempat dalam
susunan teratur dan tidak teratur secara serentak. Kemudian, median perbezaan
mutlak yang diperolehi daripada statistik kedua-dua tetingkap akan digunakan bagi
mengklasifikasikan piksel hingar yang wujud.
Actions (login required)
|
View Item |