Literasi Digital, Efikasi Kendiri Dan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam

Raja Yusof, Raja Nor Azuwah (2023) Literasi Digital, Efikasi Kendiri Dan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (356kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji literasi digital, efikasi kendiri dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran Pendidikan Islam. Kajian dijalankan terhadap 174 guru Pendidikan Islam (GPI) yang berkhidmat di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Pulau Pinang. Reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif. Analisis yang digunakan bagi kajian kuantitatif adalah analisis statistik deskriptif, ujian-t tidak bersandar, korelasi pearson dan regresi linear berganda. Dapatan kajian mendapati tahap literasi digital, efikasi kendiri dan penggunaan TMK dalam pengajaran Pendidikan Islam adalah sederhana. Ujian-t tidak bersandar mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan sampel yang berlainan jantina dan lokasi sekolah. Pemboleh ubah tidak bersandar iaitu literasi digital mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan TMK (r = .64, p < .001). Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan penggunaan TMK (r =.58, p < .001). Seterusnya, keputusan regresi linear berganda mendapati literasi digital merupakan pengaruh terbesar yang mempengaruhi penggunaan TMK dengan jumlah sumbangan sebanyak 41.2% (β =. 49, p = .001). Kombinasi efikasi kendiri dan literasi digital menambah 1.4% lagi pengaruh untuk menggunakan TMK (β = .19, p = .045). Kajian ini menyumbang pengetahuan baharu kepada literatur dan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa faktor efikasi kendiri dan literasi digital merupakan pengaruh kepada penggunaan TMK dalam pengajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 06 May 2024 02:09
Last Modified: 06 May 2024 02:09
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60546

Actions (login required)

View Item View Item
Share