Kajian Mengenai Nilai Estetika Pergerakan “Senaman Melayu Tua” Melalui Teknologi Motion Capture

Md Isa, Wahyuni Masyidah (2023) Kajian Mengenai Nilai Estetika Pergerakan “Senaman Melayu Tua” Melalui Teknologi Motion Capture. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (306kB) | Preview

Abstract

Kajian ini memfokuskan nilai-nilai estetika dalam visual digital data yang divisualisasikan dari pergerakan “Senaman Melayu Tua” khususnya ‘Selangkah Guru’, ‘Anak Raja Turun ke Taman’ dan ‘Adab Sembah 9’. “Senaman Melayu Tua” merupakan pergerakan senaman tradisional Melayu terapeutik yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 sebagai Kaedah Rawatan Alternatif untuk kesejahteraan jasmani dan rohani. Pergerakan “Senaman Melayu Tua” khususnya ‘Selangkah Guru’, ‘Anak Raja Turun ke Taman’ dan ‘Adab Sembah 9’ mempersembahkan pergerakan berfalsafah yang unik mengenai keterampilan individual secara jasmani dan rohani. Tambahan pula, pengasas turut menyatakan bahawa pergerakan ini melukis sesuatu yang indah namun tidak dapat dilihat melalui penglihatan mata. Secara amnya, validasi terhadap visual estetika yang memberi manfaat terhadap kesejahteraan hanya dijustifikasi dari persepektif saintifik, dimana hanya membincangkan visual tersebut pada tahap macro semata-mata kerana visual tersebut berinspirasikani alam flora, fauna serta bentuk-bentuk yang organik. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kejurangan antara bidang seni dan sains dalam memvalidasikan visual estetika dari pergerakan yang sejahtera secara makro dan mikro. Melihat kepada permasalahan yang diutarakan, kajian ini cuba untuk melihat keharmonian nilai estetika pergerakan “ Senaman Melayu Tua” yang katakan mampu memberi kesejahteraan dari jasmani dan rohani melalui pendekatan triangulasi teori.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 02 May 2024 03:37
Last Modified: 02 May 2024 03:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60498

Actions (login required)

View Item View Item
Share