Analisis Lakuan Bahasa Tahniah Dalam Bahasa Melayu Di Facebook

Irahim, Nur Hamimah Muhammad (2022) Analisis Lakuan Bahasa Tahniah Dalam Bahasa Melayu Di Facebook. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (684kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis lakuan bahasa tahniah dalam ruangan komen dalam bahasa Melayu oleh pengguna Facebook Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan ungkapan yang diekspresikan sebagai lakuan bahasa tahniah dalam ruangan komen dalam bahasa Melayu di Facebook. Kajian ini telah menggunakan teori lakuan bahasa Searle (1976) secara teoretis untuk membincangkan lakuan bahasa tahniah oleh pengguna Facebook Melayu. Pemilihan utama kaijan ini tertumpu kepada medium komunikasi Facebook kerana Facebook merupakan media sosial yang digunakan oleh pemilik akaun untuk berkongsi kegembiraan dan maklumat secara umum. Dari aspek metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan etnografi dalam talian yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan generalisasi kecenderungan pengguna Facebook Melayu yang menggunakan kata tahniah sebagai tindakan semula jadi setiap penutur terhadap sesuatu berita atau peristiwa gembira. Ungkapan kata tahniah yang hadir dalam setiap ungkapan respons menunjukkan bahawa setiap perkongsian ucapan tahniah atau peristiwa gembira mesti didahulukan dengan mengucapkan kata tahniah dalam kalangan orang Melayu termasuklah pengguna Facebook. Pengguna Facebook Melayu menggunakan kolokasi kata tahniah dengan ucapan-ucapan yang lain, misalnya doa, nasihat, gurauan dan sebagainya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 29 Apr 2024 04:41
Last Modified: 29 Apr 2024 04:41
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60461

Actions (login required)

View Item View Item
Share