Terjemahan Dan Maklumat Linguistik Kata Kerja Berimbuhan Men- Dalam Kamus Umum Bahasa Melayu-cina Serba Baru

Lee, Pin Ling (2023) Terjemahan Dan Maklumat Linguistik Kata Kerja Berimbuhan Men- Dalam Kamus Umum Bahasa Melayu-cina Serba Baru. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan tentang maklumat linguistik dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina, khususnya kajian terjemahan entri kata berimbuhan ke dalam bahasa Cina amat signifikan berikutan perbezaan struktur bahasa yang wujud antara kedua-dua bahasa tersebut. Tesis ini melaporkan kajian tentang terjemahan maklumat linguistik dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina. Kata kerja berimbuhan meN- yang meliputi kata kerja berawalan meN-, memper-, kata kerja berapitan meN-...-i, meN-...-kan, memper-...-i, memper-...kan, serta maklumat linguistiknya disari secara manual daripada Kamus Umum Bahasa Melayu-Cina Serba Baru (KUBMC). Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan KK berimbuhan meN- dan padanannya dalam bahasa Cina dari segi bentuk dan makna, menganalisis dan menyimpulkan ketepatan padanan kata kerja berimbuhan meN- dalam bahasa Cina, serta meneliti fenomena kehadiran maklumat-maklumat diakronik, pemerian, sinkronik, diasistematik dan contoh penggunaan bagi kata kerja berimbuhan meN- dalam KUBMC. Kajian ini memanfaatkan teori perkamusan oleh Hartmann (2001), klasifikasi maklumat linguistik dan subkategori maklumat diasistematik oleh Hartmann dan James (1998), jenis padanan dalam kamus dwibahasa oleh Al-Kasimi (1983:153), teori ketepatan terjemahan gagasan Larson (1984), klasifikasi jenis makna oleh Darwis Harahap (1994), pendekatan analisis bandingan oleh Johansson (2008), serta konsep bentuk yang dikemukakan oleh Larson (1984).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 26 Apr 2024 08:20
Last Modified: 26 Apr 2024 08:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60435

Actions (login required)

View Item View Item
Share