Shaharim, Saidatul Ainoor
(2023)
Kesan Modul Psycho-B’great Terhadap
Pencapaian Dan Sikap Bagi Tema Asas
Biologi Dan Orientasi Pelbagai
Kecerdasan Murid Tingkatan Empat.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Perkembangan pendidikan STEM Biologi memberi kesan positif terhadap
pencapaian akademik dan pengembangan pelbagai kemahiran dalam kalangan murid.
Namun begitu, murid merasakan sukar untuk belajar Biologi kerana wujud persepsi
negatif serta kurang kesediaan mental dan keyakinan diri. Maka, kajian ini bertujuan
membangun dan menilai keberkesanan Modul Psycho-B`GREAT terhadap
pencapaian bagi tema Asas Biologi, orientasi pelbagai kecerdasan dan sikap murid
tingkatan empat. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk instruksi Model ASSURE
sebagai model pembangunan modul. Reka bentuk eksperimen kuasi dua kumpulan
berbentuk praujian, pascaujian dan pascaujian lanjutan digunakan melibatkan 92
sampel murid tingkatan empat (46 orang murid kumpulan rawatan dan 46 orang murid
kumpulan kawalan). Data-data kuantitatif dikumpulkan melalui instrumen ujian
bertulis iaitu Ujian Pencapaian bagi tema Asas Biologi, Soal Selidik Orientasi Pelbagai
Kecerdasan dan Soal Selidik Sikap Murid. Hipotesis-hipotesis kajian diuji secara
statistik deskriptif dan statistik inferensi ujian-t sampel bebas, ujian ANOVA dengan
pengukuran berulang, ujian MANOVA satu hala, ujian MANOVA dengan
pengukuran berulang, ujian ANCOVA dan ujian ANCOVA dengan pengukuran
berulang dengan menggunakan IBM SPSS Versi 25. Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan Modul Psycho-B`GREAT memberi kesan yang signifikan (p < .05) bagi
meningkatkan pencapaian bagi tema Asas Biologi, meningkatkan dan mengekalkan
sikap murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Actions (login required)
|
View Item |