Zin, Muhammad Syamsul Mat
(2023)
Intervensi Rational Emotive Behavior
Therapy Bagi Pengurangan Stres Dan
Penguatan Strategi Daya Tindak Dalam
Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak
Penghidap Leukemia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Leukemia merupakan kanser yang mencatatkan peningkatan kes saban tahun
dikalangan kanak-kanak di Malaysia. Kanak-kanak yang disahkan mengidap leukemia
telah memberi kesan terhadap aspek psikolgikal ibu bapa. Walaupun masalah ini telah
dibuktikan secara empirikal terhadap aspek psikologi yang dialami oleh ibu bapa, namun
tiada satu kajian intervensi khusus pernah dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Justeru,
kajian ini dilaksanakan untuk menutup lompang kajian terdahulu bagi mengatasi masalah
psikologi dan penggunaan strategi daya tindak dikalangan ibu bapa kanak-kanak
penghidap leukemia yang dikenali sebagai Intervensi PERKASA. Kajian ini
menggunapakai rekabentuk Ujian Kawalan Secara Rawak (Randomize Controlled Trial)
terhadap ibu bapa kanak-kanak penghidap leukemia yang menerima rawatan di Hospital
Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM). Intervensi ini
telah menguji empat pembolehubah iaitu, stres, kebimbangan, depresi, dan strategi daya
tindak ibu bapa kanak-kanak penghidap leukemia. Untuk tujuan pelaksanaan intervensi,
satu modul baharu telah dibangunkan dikenali sebagai Modul PERKASA. Modul ini
mengandungi empat sesi dan berdurasi 60 minit setiap sesi. Sejumlah 30 orang ibu bapa
diletakkan di dalam Kumpulan Eksperimental (KX) manakala 30 orang lagi ditempatkan
di dalam Kumpulan Kawalan (KK) secara rawak. Kesemua peserta telah menandatangani
Borang Persetujuan Menyertai Kajian sebelum intervensi dimulakan.
Actions (login required)
|
View Item |