Reka Bentuk, Pembangunan Dan Penilaian Pengalaman M-Pembelajaran Terhadap Penerimaan Dan Penggunaan “Pot@Kpdn” Dalam Kalangan Pegawai Penguatkuasa

Sharuddin, Noor Husna (2023) Reka Bentuk, Pembangunan Dan Penilaian Pengalaman M-Pembelajaran Terhadap Penerimaan Dan Penggunaan “Pot@Kpdn” Dalam Kalangan Pegawai Penguatkuasa. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (442kB) | Preview

Abstract

Pembelajaran secara mudah alih dalam pendidikan telah membawa perubahan besar kepada pembelajaran secara bersemuka. Pembelajaran mudah alih juga dikenali sebagai MPembelajaran kini dilihat berpotensi untuk menyokong pembelajaran yang lebih fleksibel kerana menyokong pembelajaran secara formal dan tidak formal. Namun begitu, MPembelajaran dalam sektor pekerjaan merupakan suatu medium baharu pembelajaran yang masih kurang dipraktikkan. Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan kepada pengguna berkaitan dengan M-Pembelajaran. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang akan mempengaruhi penerimaan dan penggunaan dalam POT@KPDN sebagai salah satu medium pembelajaran. POT@KPDN boleh diakses melalui pelbagai jenis peranti yang juga dikenali sebagai aplikasi native. Antara aktiviti yang terdapat dalam aplikasi ini adalah modul latihan, animasi video pembentangan, gambar pemeriksaan, kuiz, latihan beserta gred markah dan nota online serta offline. Kajian ini berpandukan gabungan dua teori iaitu Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT2) dengan melibatkan tujuh konstruk iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan memudah, motivasi hedonik dan nilai harga. Manakala, satu lagi konstruk baharu yang telah dikembangkan melalui Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) dengan konstruk kepercayaan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (Centre for Instructional Technology & Multimedia) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 15 Mar 2024 00:55
Last Modified: 15 Mar 2024 00:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60193

Actions (login required)

View Item View Item
Share