Analisis Tahap Penumpuan Ruangan Dan Perubahan Pertumbuhan Umur Penduduk Di Semenanjung Malaysia

Hamzah, Nur Fazreen (2022) Analisis Tahap Penumpuan Ruangan Dan Perubahan Pertumbuhan Umur Penduduk Di Semenanjung Malaysia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (949kB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan analisis tahap penumpuan ruangan dan perubahan kumpulan umur penduduk di Semenanjung Malaysia pada tahun 1991 hingga 2010. Perkembangan pertumbuhan penduduk Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Bagaimanapun, pertumbuhan penduduk dipengaruhi oleh tiga komponen perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan migrasi. Ini menyebabkan perubahan saiz penduduk dan secara tidak langsung membawa kepada perubahan kumpulan umur penduduk. Walau bagaimanapun, kurangnya penekanan terhadap penumpuan ruangan kumpulan umur penduduk di sesuatu kawasan menyebabkan kesukaran untuk melihat setiap kumpulan umur yang memiliki kekuatan atau kelemahan dalam pertumbuhan penduduk. Objektif utama kajian adalah mengkaji variasi penumpuan ruangan taburan kumpulan umur penduduk dan tahap penumpuan ruangan perubahan pertumbuhan penduduk. Selain itu, kajian ini melibatkan daerah Semenanjung Malaysia. Tambahan lagi, kaedah kajian digunakan adalah analisis tahap penumpuan ruangan dengan menggunakan kaedah LQ (Location Quotient) yang mengukur penumpuan ruangan kumpulan umur penduduk daerah.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 11 Mar 2024 03:54
Last Modified: 11 Mar 2024 03:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60100

Actions (login required)

View Item View Item
Share