Tamizi, Nor Emyzura Ahmad
(2022)
Kesejahteraan Pembangunan Komuniti Dalam Kalangan Penduduk Program Perumahan Rakyat (Ppr), Di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tesis ini bertujuan untuk mengkaji kesejahteraan pembangunan komuniti dalam kalangan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR), di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kajian ini timbul apabila terdapat kelompangan terhadap ketidaksejahteraan dan ketidakseimbangan pembangunan komuniti di PPR. Oleh itu, Program PPR merupakan satu dasar Kerajaan dalam menyeimbangi keperluan asas tempat tinggal kepada rakyat yang tergolong dalam kategori B40 untuk memelihara hak kemanusiaan rakyat Malaysia agar menjalani kelangsungan kehidupan yang sejahtera. PPR sebagai Key Performance Indicator (KPI) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diberi fokus terhadap keberkesanan tahap kesejahteraan PPR. PPR juga menitik beratkan elemen kualiti hidup, penyertaan komuniti dan kesejahteraan sosial kepada penghuninya. Namun, wujudnya permasalahan apabila mengaitkan isu kesejahteraan pembangunan komuniti PPR, antaranya ialah ketidakcapaian kesejahteraan tersebut. Objektif kajian adalah bagi mengkaji hubungan dan kesan faktor kualiti hidup dan penyertaan komuniti terhadap kesejahteraan pembangunan komuniti di PPR. Kajian menggunakan kaedah gabungan (mixed method) berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan data primer dan data sekunder
Actions (login required)
|
View Item |