Mansor, Aizul Fared
(2019)
Keberkesanan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Guru Pelatih Yang Berbeza Tahap Regulasi Kendiri Di Institut Pendidikan Guru.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pemikiran reka bentuk
dalam pembelajaran berasaskan projek secara dalam talian (ePBP) terhadap
pencapaian dan pengekalan pencapaian guru pelatih semester ketiga yang mengikuti
jurusan Reka Bentuk dan Teknologi di Institut Pendidikan Guru. Kajian ini juga turut
mengkaji sama ada kesan penerapan pemikiran reka bentuk dalam ePBP (ePBP dengan
PR) dan tanpa penerapan pemikiran reka bentuk dalam ePBP (ePBP tanpa PR)
memberi kesan yang berbeza terhadap tahap regulasi kendiri guru pelatih yang
berbeza. Reka bentuk eksperimen kuasi berbentuk ujian pra, ujian pasca dan ujian
pasca lanjutan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian adalah seramai 142 orang
guru pelatih dan kajian dijalankan di dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang
berbeza. Sebuah IPG dijadikan sebagai kumpulan eksperimen pertama (E 1) dan
sebuah lagi kumpulan eksperimen kedua (E2).
Actions (login required)
|
View Item |