Nasir, Othman
(2022)
Kajian Gerakan Dalam Zikir Tarekat Syadziliyah Di Sungai Petani, Kedah Menurut Perspektif Islam.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian dan penyelidikan berkenaan gerakan dalam zikir terhadap tarekat sentiasa dikaitkan dengan Tarekat Sufi. Hal ini seringkali menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam sama ada ia dibenarkan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persoalan konsep gerakan dalam zikir dalam Tarekat Syadziliyah. Skop lokasi kajian adalah di Sungai Petani, Kedah, yang mana terdapat lima orang informan yang telah ditemu bual bagi mendapatkan dapatan kajian. Metodologi penyelidikan ini adalah berbentuk analisis terhadap gerakan dalam zikir Tarekat Syadziliyah di Kedah yang dilihat dari segi sudut akidah dan hukum. Untuk memperoleh hasrat tersebut, dua kaedah pengumpulan data diaplikasikan, iaitu kajian kepustakaan serta kajian lapangan.
Actions (login required)
|
View Item |