Ahmad, Rita Surianee
(2023)
BRESWORK_Apps Untuk Ibu Menyusu: Pembangunan, Pengesahan Dan Pelaksanaan.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyusuan susu ibu memberi banyak manfaat kesihatan untuk bayi dan ibu, namun
praktis penyusuan secara eksklusif menjadi sesuatu yang mencabar apabila ibu kembali
semula untuk bekerja. Kajian ini bertujuan membangunkan, mengesahkan dan menilai
keberkesanan modul aplikasi mudah alih pembelajaran kendiri BRESWORK_Apps bagi
ibu bekerja. Ia merupakan kajian kaedah campuran yang terdiri daripada tiga fasa. Kaedah
reka bentuk turutan campuran eksploratif ini dijalankan pada Fasa 1 dan Fasa 2, sementara
reka bentuk jenis intervensi kajian rawak terkawal (RCT) pada Fasa 3. Dalam Fasa 1, Soal
Selidik Penyusuan Susu Ibu bagi Wanita Bekerja (BRESWORK_Q) dibentuk daripada
tinjauan literatur, temu bual mendalam dengan 16 ibu bekerja dan perbincangan dengan
pasukan penyelidik. Analisis faktor eksploratori melibatkan 150 ibu bekerja dan analisis
faktor konfirmatori melibatkan 365 ibu bekerja. BRESWORK_Q adalah sahih dengan 110
item di bawah enam domain. Tiga daripada domain tersebut (sikap, cabaran dan
sokongan) menunjukkan kesesuaian model (RMSEA = < 0.05, CFI = < 0.90, TLI = > 0.9
dan ChiSq/df = < 3) serta skala yang boleh dipercayai dengan nilai (CR > 0.6; AVE > 0.5,
Cronbach’s Alpha = 0.7). Pada Fasa 2, BRESWORK_Apps dibina berpandukan rangka
kerja model ADDIE menggunakan dapatan daripada Fasa 1. Kandungan
BRESWORK_Apps disahihkan melalui validasi kandungan (BRESWORK_Storyboard:
CVI = 0.97) dan penilaian kebolehgunaan dengan nilai min melebihi 8.0. Akhirnya Fasa
3 melibatkan 93 ibu bekerja berada dalam kumpulan intervensi dan 91 ibu dalam kumpulan kontrol. BRESWORK_Apps digunakan sebagai alat pengajaran untuk
kumpulan intervensi. Keberkesanan intervensi secara dalam talian menggunakan soal
selidik BRESWORK_Q pada peringkat saringan (35 minggu kehamilan), minggu
keempat, 12 dan 24 selepas bersalin, menggunakan analisis ulangan pengukuran kovarian.
Pada minggu ke 24, kumpulan intervensi secara signifikannya menunjukkan skor
pengetahuan lebih tinggi (P < 0.001). Terdapat peningkatan sikap yang signifikan (P <
0.001) daripada dua kumpulan. Walaupun terdapat penurunan pada pembolehubah
sokongan daripada kedua kumpulan < 0.001, namun sedikit peningkatan cabaran pada
kumpulan kontrol. Perbandingan praktis antara kumpulan intervensi dan kontrol
menunjukkan perbezaan yang signifikan (P = 0.010). Purata kumpulan intervensi adalah
lebih tinggi. Keberkesanan penggunaan BRESWORK_Apps dibuktikan apabila ibu
mengatakan ianya mudah digunakan bagi mendapatkan maklumat, boleh diakses
mengikut kesesuaian masa dan kandungannya mudah difahami. Kesimpulannya,
intervensi ini berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan praktis penyusuan dalam
kalangan ibu bekerja
Actions (login required)
|
View Item |