Gaya Pembelajaran Murid Disleksia Di Sekolah-sekolah Terpilih

Hasyimah Haniza, Noor (2015) Gaya Pembelajaran Murid Disleksia Di Sekolah-sekolah Terpilih. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia..

[img]
Preview
PDF
Download (26MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti (i) gaya pembelajaran murid disleksia berdasarkan modaliti visual, auditori, membaca/menulis (read/write) dan kinestetik (YARK), (ii) gaya pembelajaran modaliti YARK yang dominan dalam kalangan murid disleksia dan (iii) mengenal pasti sama ada gaya pembelajaran modaliti YARK yang dominan dalam kalangan murid disleksia ditentukan oleh trait-trait pembawaan ataupun dibentuk melalui pengalaman pendidikan. Reka bentuk kajian ini adalah kombinasi dua jenis pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan Soal Selidik YARK - versi golongan muda. Manakala, pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Sampel kajian kuantitatif adalah seramai 44 orang murid disleksia manakala sampel atau peserta kajian kualitatif adalah tiga orang murid disleksia yang dipilih daripada sampel kajian kuantitatif. Data kuantitatif dianalisis dan dibentangkan secara statistik deskriptif manakala data kualitatif dianalisis menggunakan Model Interaktif: Komponen Analisis Data. Dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa murid disleksia yang dikaji mempunyai (i) gaya pembelajaran modaliti YARK yang pelbagai iaitu seperti gaya pembelajaran visual (V) (6 orang, 13.6%), gaya pembelajaran auditori (A) (I5 orang, 34.1%). gaya pembelajaran membaca/menulis (read/write) (R) (10 orang, 22.7%), gaya pembelajaran kinestetik (K) (3 orang, 6.8%), gaya pembelajaran VA (2 orang, 4.5%), gaya pembelajaran VR (seorang,

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 31 Mar 2023 18:26
Last Modified: 31 Mar 2023 18:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57700

Actions (login required)

View Item View Item
Share