Gerakan Sosial Dalam Komunitionline: Satu Kajian Wacana Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Chandra Hamzah Dan Bibit Samad Riyanto" Di Indonesia

Budi Sulistyo, Ponco (2015) Gerakan Sosial Dalam Komunitionline: Satu Kajian Wacana Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Chandra Hamzah Dan Bibit Samad Riyanto" Di Indonesia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia..

[img]
Preview
PDF
Download (24MB) | Preview

Abstract

Kewujudan media sosial pada masa kini telah membawa impak kepada pelbagai aktiviti komunikasi, orang ramai lebih bebas mengungkapkan perasaan, idea ataupun gagasan sesuai dengan keinginan, tujuan, kepercayaan serta ideologi masing-masing. Dengan mengambil sampel kes terhadap kumpulan gerakan sosial anti-rasuah di media sosial Facebook yang bemama "Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Bibit Samad Riyanto dan Chandra Hamzah", kajian ini bertujuan untuk menerangkan pola dan ciri-ciri komunikasi yang berlaku, peranan ideologi sebagai kerangka asas untuk mengatur kognisi sosial yang dikongsi, faktorfaktor yang menjadi latar belakang ahli-ahli kumpulan untuk menyertainya dan menerangkan peranan media sosial dalam mewujudkan gerakan sosial anti-rasuah di dalam komuniti online di Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dilengkapkan dengan kaedah kuantitatif iaitu analisis wacana ideologi, temu bual mendalam dan analisis kandungan. Bagi melengkapkan data yang berkaitan dengan aspek-aspek kognisi sosial, 15 ahli komuniti dan lima pakar yang berkaitan telah ditemu bual. Kajian mendapati bahawa ideologi memainkan peranan dalam mempengaruhi pola komunikasi dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Pola komunikasi telah berubah secara dinamik mengikut prestasi Komisi Pembanterasan Korupsi/Rasuah (KPK) dalam mengendalikan kes-kes rasuah.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 31 Mar 2023 18:17
Last Modified: 31 Mar 2023 18:17
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57699

Actions (login required)

View Item View Item
Share