Kajian Perbandingan Penglibatan Politik Antara Wanita Umno Dengan Muslimat Pas Di Ipoh Perak

Zulkipli, Syaaibah (2015) Kajian Perbandingan Penglibatan Politik Antara Wanita Umno Dengan Muslimat Pas Di Ipoh Perak. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia..

[img]
Preview
PDF
Download (25MB) | Preview

Abstract

Penglibatan wanita dalam parti politik dilihat sebagai satu anjakan kemajuan dalam pencapaian kaum wanita di Malaysia. Malah penglibatan wanita dalam politik juga dilihat semakin meningkat dengan pertambahan ahli-ahli dalam parti politik. Namun, kajian tentang penglibatan wanita dalam dua parti politik yang berbeza iaitu UMNO dan PAS tidak diteliti secara mendalam di Ipoh, Perak berbanding penglibatan politik golongan lelaki. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dan tingkah laku politik Wanita UMNO dan Muslimat PAS di Ipoh seperti struktur, budaya, peribadi dan persekitaran. Justeru, pemilihan teori dan konsep penyertaan politik oleh Ball telah digabungkan dalam satu kerangka konseptual dalam kajian ini bagi membantu pencapaian objektif bagi kajian ini. Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data dilakukan dengan penyelidikan mix method iaitu melalui kaedah kuantitatif dan kualitiatif dengan pengedaran borang soal selidik dan temubual mendalam ke atas responden. Secara keseluruhannya, analisis kajian ke atas penglibatan politik Wanita UMNO dan Muslimat PAS di Ipoh menunjukkan terdapat perbezaan yang tidak ketara antara penglibatan politik Wanita UMNO dan Muslimat PAS. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa, dalam beberapa aktiviti penglibatan politik, Wanita UMNO menunjukkan penglibatan yang aktif berbanding Muslimat PAS.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 31 Mar 2023 18:07
Last Modified: 31 Mar 2023 18:07
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57698

Actions (login required)

View Item View Item
Share