Buyung, Sarita
(2006)
Pengaruh Tumpuan Pasaran, Penguasaan
Pasaran Dan Ancaman Moral Terhadap
Prestasi Bank Diindonesia.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini mengkaji pengaruh tumpuan pasaran, penguasaan pasaran dan
ancaman moral terhadap prestasi bank di Indonesia dengan menggunakan
hipotesis Struktur-Perlakuan-Prestasi atau Structure-Conduct-Performance
(SCP), dan hipotesis Efisiensi Relatif atau Relative Efficiency (RE). Dimensidimensi
yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi bank dalam kajian ini
adalah SCP, RE dan ancaman moral. Tumpuan juga diberi kepada pengaruh
kesan pembolehubah khusus bank sebagai pembolehubah kawalan tehadap
prestasi bank. Analisis data dijalankan dengan membahagikan tempoh kajian
kepada tiga fasa iaitu: (i) sebelum krisis kewangan Asia (yang membabitkan
203 buah bank); (ii) semasa krisis (133 buah bank); (iii) dan selepas krisis
(133 buah bank) dengan menggunakan teknik analisis data panel dinamik.
Penemuan kajian ini bagi tempah-tempah sebelum dan selepas krisis
mendapati bahawa hasil jangkaan prestasi bank di Indonesia menunjukkan
berada pada tahap pertengahan, dan ini bermakna bahawa sektor perbankan
Indonesia terkeluar daripada struktur pasaran persaingan sempurna,
meskipun belum begitu jauh. Manakala hasil jangkaan prestasi bank dalam
tempoh semasa-krisis menunjukkan berada pada tahap yang cukup rendah.
lni bermakna bahawa sektor perbankan mendekati struktur pasaran
persaingan sempurna. Penemuan selanjutnya, secara umumnya bagi
keseluruhan tempoh kajian, mendapati bahawa peningkatan penumpuan
pasaran kepada bank-bank besar, baik bank swasta mahupun bank kerajaan,
yang secara relatifnya kecil, rendahnya kos pakatan dan lemahnya tahap
persaingan menyokong hipotesis SCP, manakala menolak hipotesis RE.
Seterusnya besarnya pinjaman kepada kumpulan perniagaan, tempoh kajian
sebelum-krisis dan semasa-krisis memberi kesan negatif terhadap prestasi
bank. Hal ini menyokong hipotesis ancaman moral.
Actions (login required)
|
View Item |