Latib, Mohamad Fauzi Abdul (2016) Impak Terhadap Fenomena Pengulangan Penyalahgunaan Dadah Dari Perspektif Orang Yang Diparol: Kajian Kes Di Pulau Pinang. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
|
PDF
Download (32MB) | Preview |
Abstract
Secara umumnya, kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan sokongan yang terdapat di dalam program sistem parol serta mengurangkan fenomena pengulangan penyalahgunaan dadah dalam kalangan banduan di seluruh negara. Objektif utama kajian ini adalah (l) mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh orang yang diparol untuk berhenti dari mengambil dadah semula selepas tamat menjalani hukuman penjara sebelum mengikuti sistem parol; (2) mengenal pasti pemahaman orang yang diparol terhadap sistem parol serta aktiviti yang diikuti; (3), mengkaji kesan dari aktiviti yang diikuti oleh orang yang diparol; (4) menganalisis pandangan orang yang diparol tentang kelebihan dan kekurangan sistem parol; dan (5) mengenal pasti cadangan penambahbaikan oleh orang yang diparol terhadap sistem parol. Kajian ini telah dijalankan di dua buah Pejabat Parol Daerah Negeri Pulau Pinang iaitu Pejabat Parol Daerah Seberang Perai Selatan dan Pejabat Parol Daerah Seberang Perai Utara dengan melibatkan temu bual mendalam terhadap 13 orang responden. Hasil kajian yang dianalisis secara manual dengan menggunakan analisis tematik mendapati dua faktor utama yang menjadi cabaran kepada orang yang diparol untuk berhenti dari mengambil dadah semula banyak berkait rapat dengan cabaran dalaman dan luaran individu. Kajianjuga mendapati bahawa pemahaman orang yang diparol yang sedang mengikuti sistem parol adalah jelas dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti yang diikuti dalam sistem parol memberikan kesan positif dalam mengelakkan diri responden daripada jatuh semula mengambil dadah selama mengikuti sistem parol. Hasil kajian turut mendapati empat kebaikan utama sistem parol yang meliputi orang yang diparol dibebaskan lebih awal dari menjalani hukuman di dalam penjara; orang yang diparol tidak kembali mengambil dadah; orang yang diparol memperolehi pekerjaan; dan mendisplinkan orang yang diparo] melalui peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan. Manakala empat kekurangan sistem parol pula melibatkan tempoh masa orang yang diparol dibenarkan berada di luar rumah tidak mencukupi; orang yang diparol tidak dibenarkan keluar dari daerah parol; pilihan tempat kerja yang terhad; dan kurangnya aktiviti riadah dan kemasyarakatan. Akhir sekali, hasil kajian ini telah mencungkil cadangan penambahbaikan daripada orang yang diparol sendiri berkaitan sistem parol sedia ada. Antara cadangan utama adalah dengan memperbanyakkan lagi penubuhan pusat-pusat parol daerah; perpanjangan tempoh orang yang diparol dibenarkan berada di luar rumah; dan perbanyakkan lagi peluang pekerjaan. Kajian ini turut membincangkan kajian yang boleh dilakukan di masa hadapan.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM300-666 Drugs and their actions |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 12 Jan 2023 02:49 |
Last Modified: | 12 Jan 2023 02:49 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/56290 |
Actions (login required)
View Item |