-, Suryadiansyah
(2007)
Potensi Etilena Diamina Dilaurat Sebagai Agen
Pengkupel Baru Di Dalam Komposit Getah Asli Dan
Polipropilena.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Potensi etilena diamina dilaurat (EOO) sebagai agen pengkupel baru di
dalam komposit getah asli maupun komposit polipropilena telah dikaji. Di dalam
komposit getah asli, yang menggunakan pengisi silika, agen pengkupel silana
(Si-69) telah digunakan sebagai agen pembanding, manakala untuk pengisi
hitam karbon (HK) hanya EDD digunakan sebagai agen pengkupel. Untuk
komposit polipropilena, kajian yang dijalankan menggunakan pengisi sludge
kertas (SK) dan silika, manakala maleik anhidrida polipropilena (MAPP)
digunakan sebagai agen pengkupel komersial.
Penyebatian etilena diamina dilaurat (EDD) di dalam komposit getah asli
terisi silika ataupun hitam karbon memberikan kesan yang positif dengan
meningkatnya kadar pematangan, tork maksimum, perbezaan tork, kekuatan
tensil, modulus, kekerasan, set mampatan dan ketahanan pembengkakan yang
baik, tetapi menurunkan pemanjangan pada takat putus. Jika dibandingkan
dengan agen pengkupel silana (Si-69), keputusan menunjukkan bahawa
komposit getah asli terisi silika dengan EDD adalah lebih baik dari segi kadar
pematangan, tork maksimum, perbezaan tork, pemanjangan pada takat putus
dan kekerasan. Mikrograf permukaan rekahan kegagalan tensil bagi komposit
getah asli terisi silika atau HK dengan kedua-dua agen pengkupel menunjukkan
permukaan yang lebih kasar berbanding komposit getah asli yang sama tetapi
tanpa agen pengkupel (kawalan) . Penambahan EDD bagi komposit getah asli terisi silika atau hitam karbon telah meningkatkan kestabilan terma komposit
getah asli.
Actions (login required)
|
View Item |