Aras Endotelin-L, Oksida Nitrik Dan Aktiviti Sintase Oksida Nitrik Di Dalam Tisu Fetoplasenta Daripada Wanita Yang Mengilidap Pre-Eklampsia

Ali, Wan Malihah Wan (2004) Aras Endotelin-L, Oksida Nitrik Dan Aktiviti Sintase Oksida Nitrik Di Dalam Tisu Fetoplasenta Daripada Wanita Yang Mengilidap Pre-Eklampsia. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (27MB) | Preview

Abstract

Patogenesis bagi pre-eklampsia masih tidak difahami sepenuhnya Namun terdapat bukti yang mencadangkan keabnormalan plasenta menyumbang kepada kekurangan fungsi plasenta dalam pre-eklampsia. Hipotesis dibuat mengenai ketidakseimbangan faktor vasomotor dalam plasenta wanita yang menghidap pre-eklampsia, Oleh itu tujuan kajian ini adalah untuk: memastikan sama ada terdapat perbezaan dalam aras endotelin-I (ET-I), oksida nitrik (NO) dan aktiviti sintase oksida nitrik (NOS) di antara tisu fetoplasenta daripada wanita hamil normal (NTPW) dan wanita yang menghidap pre-eklampsia (PE). Di samping itu, ekspresi gen ET-1 di dalam tisu tersebut juga diperiksa untuk melihat sama ada ET-1 dihasilkan di semua tisu tersebut. Supematan homogenat amnion, korion dan koteledon plasenta, melalui kelahiran vagina yang normal daripada 12 wanita hamil normal dan 12 wanita yang menghidap preeklampsia, diukur aras ET-l, NO dan NOS. Aras ET-l diukur menggunakan teknik radioimunoasai (RIA) manakala NO dan NOS menggunakan teknik tindakbalas Griess. Untuk mengesan ekspresi gen ET-1, pemencilan RNA dan proses transkripsi berbaliktindakbalas rantaian polimerase (RT-peR) dijalankan. Tiada perbezaan yang signifikan dalam aras ET-1 dalam amnion di antara dua kumpulan tersebut. Namun, aras ET-1 dalam korion dan koteledon plasenta adalah lebih tinggi secara signifikan dalam tisu yang diambil daripada wanita yang menghidap pre-eklampsia berbanding dengan wanita hamil normal (p<O.05). Apabila dikategorikan pula kepada wanita yang menghidap pre-eklampsia awal (<34 minggu) dan yang menghidap pre-eklampsia lewat (<34 minggu), didapati aras ET-l dalam plasenta daripada wanita yang menghidap pre-eklampsia awal (<34 minggu) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan tisu daripada mereka yang menghidap pre-eklampsia lewat (<34 minggu) (p<O.05). Terdapat korelasi yang signifikan dalam aras ET-1 di antara korion dan koteledon plasenta wanita yang menghidap preeklampsia (p<O.05), tetapi tiada korelasi yang signifikan di antara amnion dan korion serta di antara amnion dan koteledon plasenta dalam kedua-dua kumpulan tersebut. Gen ET-1 hanya diekspresi di koteledon plasenta, tetapi tidak pada amnion dan korion dalam kedua-dua kumpulan tersebut. Tiada perbezaan yang signifikan dalam aras NO atau aktiviti NOS di amnion, korion dan koteledon plasenta daripada wanita hami1 normal dan wanita yang menghidap pre-eklampsia. Tiada korelasi yang signifikan di antara aras ET-1 dan NO dalam koteledon plasenta dalam kedua-dua kumpulan tersebut. Nisbah NO:ET-I adalah lebih rendah sedikit di koteledon plasenta daripada wanita yang menghidap pre-eklampsia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General) > R5-920 Medicine (General)
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 16 Dec 2022 03:48
Last Modified: 16 Dec 2022 03:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/56024

Actions (login required)

View Item View Item
Share