Aris, Noor Fadzilah
(2020)
Modul Pembelajaran Integrasi Stem Forensik Dalam Meningkatkan Pemikiran Kritis Dan Kreativiti
Saintifik Murid Sekolah Menengah Merentas Jantina.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai satu modul yang dikenali sebagai Modul Pembelajaran Integrasi STEM berkontekskan Sains Forensik (PISTEM Forensik) serta mengkaji keberkesanan penggunaan modul ini terhadap
pemikiran kritis dan kreativiti saintifik murid tingkatan empat. Kajian ini turut mengkaji sama ada penggunaan PISTEM Forensik memberi kesan yang berbeza terhadap tahap pemikiran kritis, tahap kreativiti saintifik dan pengekalan keduaduanya berdasarkan jantina murid. Kajian ini juga cuba menentukan mungkinkah kesan PISTEM Forensik ke atas tahap pemikiran kritis dan kreativiti saintifik adalah lebih tinggi pada murid lelaki atau murid perempuan atau mungkin kesannya sama untuk kedua-dua kumpulan
Actions (login required)
|
View Item |