Perubahan Seni Bina Dalam Konteks Budaya Merantau Dan Kesannya Terhadap Rumah Tradisional Negeri Sembilan, Malaysia

Wahab, Mohamad Hanif Abdul (2019) Perubahan Seni Bina Dalam Konteks Budaya Merantau Dan Kesannya Terhadap Rumah Tradisional Negeri Sembilan, Malaysia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (661kB) | Preview

Abstract

Alam Minangkabau merangkumi wilayah tengah Sumatera Barat yang dikenali sebagai darek hingga ke rantau Timur Minangkabau di Riau dan Negeri Sembilan. Pemekaran nagari Minangkabau disebabkan oleh proses merantau menyaksikan berlakunya variasi seni bina Minangkabau termasuklah Rumah Lentik Kampar (RLK) di Riau, Indonesia dan Rumah Tradisional Negeri Sembilan (RTNS) di Negeri Sembilan, Malaysia. Tesis ini mengkaji tentang pengaruh budaya merantau terhadap seni bina RTNS di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pembentukan seni bina RTNS di Negeri Sembilan dan Rumah Adat Minangkabau (RAM) di Sumatera berlaku disebabkan perubahan secara evolusi yang selari dengan perkembangan kebudayaan Minangkabau. Ia membentuk kesamaan dan perbezaan pada seni bina rumah masyarakat Minangkabau melalui adat matrilineal, kelarasan atau hukum adat dan persekitaran luhak. Namun fenomena kesamaan dan perbezaan elemen-elemen seni bina di antara RTNS dengan RAM tidak dirungkai. Tambahan pula, akibat kurangnya kefahaman masyarakat tentang perkaitan kedua-dua seni bina, maka telah berlaku konflik pemilikan dan identiti di antara Malaysia dengan Indonesia apabila ruang pameran Malaysia di Shanghai World Expo 2010 mengadaptasikan analogi seni bina Minangkabau, Indonesia. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri budaya merantau yang dibawa oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia ke Negeri Sembilan, Malaysia dengan menganalisa prinsip pembinaan serta menilai teori yang membentuk variasi seni bina pada RTNS dan RAM.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH845-895 Architectural Engineering, Structural Engineering of buildings
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 24 Nov 2022 06:25
Last Modified: 24 Nov 2022 06:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55749

Actions (login required)

View Item View Item
Share