Chan, Mei Chin
(2019)
Suatu Analisis Profil Linguistik Forensik Dalam Teks Penulisan Ancaman Di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mendekati isu hubung kait idiolek dengan gaya penulisan bagi teks penulisan ancaman dari aspek tanda huruf, penghurufan, variasi bahasa, singkatan perkataan, pengaruh ciri tatabahasa daripada bahasa lain dan struktur ayat. Pengkaji linguistik forensik lepas, khususnya Yahya Jasim, Michell, Okawara, Olsson, Eva T.S. Sudjana & Nurul Fitri, Cox dan Munif telah menggunakan pelbagai metodologi kajian dalam kajian mereka. Walau bagaimanapun, subjek kajian yang dianalisis dalam suatu carta profil masih tidak dijumpai dalam metodologi kajian lepas lagi. Oleh itu, pengkaji telah mengimplementasikan pendekatan kajian dari bidang psikolinguistik, iaitu Prosedur Penilaian, Pemulihan dan Pemeriksaan Bahasa (Language Assessment, Remediation and Screening Procedure (LARSP)) dalam metodologi kajian ini.
Actions (login required)
|
View Item |