Seah, Siok Peh
(2019)
Penggunaan KPS PRA Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Proses Sains.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan “KPS_Pra” dalam membantu penguasaan kemahiran proses sains murid prasekolah dalam pembelajaran Sains Awal. Kajian ini mengandungi dua objektif kajian iaitu mereka bentuk dan membangunkan “KPS_Pra” dalam membantu penguasaan kemahiran proses sains murid prasekolah dalam pembelajaran Sains Awal dengan menggunakan model reka bentuk instruksional Hanaffin dan Peck (1988). Fasa kedua, meneroka penguasaan kemahiran proses sains murid prasekolah dalam proses pembelajaran Sains Awal melalui pelaksanaan “KPS_Pra”, iaitu kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur menggunakan unit bukan piawai, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal dan kemahiran berkomunikasi.
Actions (login required)
|
View Item |