Radzi, Najwa Mohd
(2007)
Perawatan Air Buangan Penyudah Logam Menggunakan
Kaedah Fizik Dan Kimia.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Air buangan penyudah logam yang dikaji bukan sahaja mempunyai
kandungan logam berat melebihi had yang ditetapkan oleh Piawai B, Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan
dan Efluen-Efluen Perindustrian) 1979 malah mempunyai nilai keperluan oksigen
kimia (COD) sangat tinggi iaitu melebihi 10,000 mg/L. Dalam kajian ini, proses
perawatan air buangan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyingkiran
logam dan penurunan COD. Untuk bahagian pertama iaitu penyingkiran logam,
agen penggumpalan dan pemendakan kimia seperti AI2(S04)3.18H20 (Alum),
polialuminium klorida (PAC), CaCI2, CaCI2 bersama NaS03 dan natrium
dimetilditiokarbamat (Namet) telah digunakan. Beberapa keadaan operasi seperti
pH, dosej bahan kimia dan masa goncangan tindak balas penggumpalan dan
pemendakan kimia ini telah dikaji. Setelah keadaan optimum diaplikasikan,
semua tindak balas ini berjaya menyingkirkan logam antara 88.0 % hingga 99.0
%. Selepas penyingkiran logam menggunakan bahan penggumpal alum dan
PAC, nilai COD masing-masing adalah 650 mg/L dan 900 mg/L. Manakala,
selepas penyingkiran logam menggunakan bahan pemendak CaCI2, CaCI2 +
NaS03 dan Namet, nilai COD masing-masing adalah 2810 mg/L, 2720 mg/L dan 4060 mg/L. Berdasarkan nilai COD ini, sampel yang dirawat oleh Alum dan PAC
digunakan dalam kajian bahagian kedua.
Actions (login required)
|
View Item |