Kesan Kaunseling Brief Individu Ke Atas Penghargaan Kendiri Dan Kadar Ponteng Pelajar Ponteng Sekolah

Aman, Rahimi Che (2006) Kesan Kaunseling Brief Individu Ke Atas Penghargaan Kendiri Dan Kadar Ponteng Pelajar Ponteng Sekolah. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan kaedah kaunseling brief (fokus penyelesaian strategi) dalam kalangan pelajar ponteng sekolah (subjek kajian) terhadap kadar ponteng dan penghargaan kendiri. Kajian ini turut meneroka pandangan guru kaunseling dan subjek tentang perkhidmatan kaunseling, kegiatan ponteng sekolah, penghargaan kendiri dan proses kaunseling. Kajian ini melibatkan pendekatan kajian secara kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam membandingkan kumpulan kaunseling brief (KKB) dengan kumpulan kaunseling yang menggunakan pendekatan sedia ada (KKPS) dan kumpulan kawalan (KK). Data kuantitatif terdiri daripada kadar ponteng dan penghargaan kendiri (lnventori Penghargaan Kendiri Coopersmith, 1984). Data ini dianalisis menggunakan ANOVA dua-hala ukuran berulang dan korelasi Pearson. Data kualitatif diperoleh secara temu bual separa berstruktur dan melalui proses analisis kandungan. Teknik persampelan pelbagai peringkat digunakan untuk mengenal pasti 90 pelajar (13 hingga 15 tahun) sebagai subjek dalam kajian ini. Mereka dipilih daripada Iapan buah sekolah di Pulau Pinang. Teknik persampelan bertujuan digunakan dalam mengenal pasti 24 subjek daripada ketiga-tiga kumpulan bagi memperoleh data kualitatif. Lapan orang guru kaunseling turut terlibat dalam pemerolehan data kualitatif.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 31 Oct 2022 07:25
Last Modified: 31 Oct 2022 07:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55453

Actions (login required)

View Item View Item
Share