Keberkesanan Modul Kadimel Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Kosa Kata Pelajar Kolej Vokasional Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Gatanagayan, Thibbah A/p (2021) Keberkesanan Modul Kadimel Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Kosa Kata Pelajar Kolej Vokasional Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia..

[img]
Preview
PDF
Download (423kB) | Preview

Abstract

Syukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan saya kekuatan, ketabahan, kesabaran dan kemampuan kesihatan yang baik sehingga berjaya sampai ke destinasi terakhir dalam perjalanan intelek ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Fadzilah bt Amzah selaku penyelia utama yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan tanpa jemu sehinggalah saya dapat menyelesaikan kajian ini. Saya bersyukur kerana mendapat penyelia yang begitu komited membantu saya dalam menyiapkan tesis dan membimbing saya untuk menjadi guru yang berkualiti dan berdedikasi. Semoga penyelia dan keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesejahteraan oleh Tuhan. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada semua pensyarah yang terlibat sebagai panel penilaian tesis iaitu Dr. Siti Zuraidah binti Md. Osman, Dr. Abdul Jalil Ali dan Profesor Madya Dr. Azidah binti Abu Aziden dan Profesor Dr Hj Abdul Rasid Jamian yang banyak membantu dalam menggariskan hala tuju dan kualiti penulisan kajian ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah statistik iaitu Dr. Noraida Yakob yang banyak memberikan bimbingan, pertolongan dan turut menyumbang idea sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala cadangan dan nasihat yang diberi sangat membantu dalam menyempurnakan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Dekan, Timbalan Dekan, para pensyarah dan staf Pusat Pengajian llmu Pendidikan (PPIP) yang sentiasa ceria dan menghulurkan bantuan pada saat saya memerlukan. Terima kasih untuk semua.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 30 Sep 2022 11:58
Last Modified: 30 Sep 2022 11:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55060

Actions (login required)

View Item View Item
Share