Hayati, Jaafar
(2011)
Arterial stiffness assessment in
acute rheumatic fever; a pilot study.
Masters thesis, Pusat Pengajian Sains Perubatan.
Abstract
Demam reumatik akut dan penyakit jantung reumatik terus menjadi agenda kesihatan
yang utama di negara-negara membangun. Patogenesis kepada penyakit ini masih belum
diketahui secara sah dan terperinci tetapi hipotesis yang semakin diterima ramai adalah teori
'molecular mimicry'. Berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini, teori ini
mengandaikan bahawa penyakit demam reumatik akut adalah disebabkan oleh tindakbalas
sistem immuniti badan yang tidak normal kepada serangan jangkitan kuman 'streptococcus'.
Tindakbalas immuniti badan ini seterusnya menyebabkan rantaian tindakbalas immuniti yang
mengakibatkan randangan di dalam pelbagai organ badan dan menyebabkan manifestasi
penyakit demam reumatik akut.
Akhir-akhir ini, banyak kajian telah dilakukan untuk melihat factor-faktor risiko
kepada ketegangan urat darah 'arterial stiffness' dikalangan kanak-kanak termasuklah factor
penyakit radangan seperti penyakit 'Kawasaki'. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa
penyakit 'Kawasaki' boleh menyebabkan ketegangan urat darah. Kami mengandaikan
bahawa penyakit demam reumatik akut juga boleh mengakibatkan kesan yang sama kerana
penyakit demam reumatik akut juga melibatkan radangan sel endothelium urat darah.
Dengan melihat kaitan antara ketegangan urat darah dan penyakit demam reumatik
akut ini, kami boleh menjangkakan risiko pembentukkan aterosklerosis pramatang kerana
ketegangan urat darah boleh menyebabkan fenomena ini. Menurut pengetahuan kami, tiada kajian sebelum ini yang melihat kaitan antara demam reumatik akut dan ketegangan urat
darah.
Actions (login required)
|
View Item |