Ngah, Mohd. Izam
(1983)
Perubahan Pentadbiran Di Terengganu Antara Tahun 1909 Hingga 1939 Satu Tinjauan.
Project Report.
Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Kajian tentang perubahan Pentadbiran di Terengganu
antara tahun 1909 hingga 1939 ini ialah untuk melihat perubahan perubahan serta perkembangan dalam aspek pentadbiran di negeri itu dalam jangkamasa tersebut. Didapati dalam jahgka masa ini banyak berlaku perubahan dalam struktur, organisasi dan puncak kekuasaan pentadbiran di negeri tersebut. Ini adalah kerana dalam jangka masa ini juga, pengaruh Inggeris atau British telah berjaya meresap dan memasuki dalam hal ehwal pentadbiran di Terengganu, Pada peringkat permulaan, peranan mereka hanya sedikit sahaja tetapi lama kelamaaan pengaruh mereka telah bertambah dan akhirnya telah berjaya mengambil alih pentadbiran
negeri itu secara langsung pada tahun 1920an.
Actions (login required)
|
View Item |