Yasin, Yusma Fariza
(2021)
Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan
Khadijah Binti Khuwaylid R.Ah:
Analisis Terhadap Kejayaan Usahawan
Wanita Muslim Produk Kesihatan Di
Malaysia.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Di Malaysia, masyarakat semakin sedar mengenai kepentingan penjagaan
kesihatan. Kesannya, ramai yang mengambil produk kesihatan sebagai cara untuk
menjaga kesihatan. Sokongan terhadap produk kesihatan ini sekali gus memberi
kesan terhadap pengasas produk kesihatan sehingga menjadikan mereka sebagai
usahawan wanita Muslim yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Kejayaan
mereka terbukti apabila mereka berjaya meraih keuntungan yang lumayan pada
setiap bulan dan berjaya bertapak dalam bidang keusahawanan dalam tempoh
melebihi lima tahun. Justeru, apakah faktor yang menjadikan usahawan wanita
Muslim produk kesihatan di Malaysia berjaya dalam bidang keusahawanan? Adakah
usahawan wanita Muslim hanya fokus kepada keuntungan semata-mata tanpa
mengambil kira kandungan sebenar dalam produk kesihatan yang dijual? Adakah
kejayaan yang dikecapi oleh usahawan wanita Muslim dalam produk kesihatan turut
merangkumi kejayaan dunia dan akhirat? Sebenarnya, penglibatan wanita dalam
aktiviti keusahawanan bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi apabila isteri
Baginda, Khadijah binti Khuwaylid r.ah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Khadijah binti Khuwaylid r.ah merupakan satu-satunya wanita Mekah yang
menceburi bidang keusahawanan dan beroleh kejayaan pada ketika itu. Persoalannya,
apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan Khadijah binti Khuwaylid r.ah?
Actions (login required)
|
View Item |