Wanita, Patriarki Dan Konsumerisme: Satu Analisis Terhadap Dua Majalah Wanita Tempatan

Liew, Peng Pink (2020) Wanita, Patriarki Dan Konsumerisme: Satu Analisis Terhadap Dua Majalah Wanita Tempatan. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (667kB) | Preview

Abstract

Tesis ini mengkaji pemaparan wanita dalam dua majalah wanita tempatan terpilih, iaitu Wanita dan Nona. Kajian mengenai pemaparan wanita ini memberikan fokus kepada beberapa bentuk dan darjah patriarki yang memperkukuh diskriminasi, prasangka dan stereotaip terhadap wanita dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan media di Malaysia. Dalam konteks ini, ketidakseimbangan antara gender perlu dikenal-pasti dan dihapuskan untuk mencapai kesaksamaan gender di Malaysia. Sehubungan dengan itu, tesis ini menggunakan analisis kandungan dan analisis teks untuk mengkaji bagaimana ketidakseimbangan gender telah dipaparkan dalam media, khususnya dalam majalah wanita terpilih. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa wanita kini adalah lebih menonjol sebagai wanita berkerjaya dalam domain awam; namun begitu, subteks dalam majalah wanita terpilih yang masih memberikan penekanan kepada peranan domestik dan kecantikan fizikal wanita masih mengukuhkan ideologi seksis bersifat patriarki. Di samping itu, konsumerisme juga memainkan peranan besar dalam menkonstruk suatu standard kecantikan wanita dengan memaparkan mereka sebagai konsumer kepada produk fesyen dan kecantikan. Objektifikasi wanita juga berlaku apabila kecantikan fizikal wanita telah dipergunakan sebagai komoditi oleh pengiklan untuk menjual produk-produk lain. Pemaparan wanita sedemikian dalam majalah wanita telah mengukuhkan ketidakseimbangan gender dalam masyarakat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T10.5-11.9 Communication of technical information
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 26 May 2022 07:01
Last Modified: 26 May 2022 07:01
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52600

Actions (login required)

View Item View Item
Share