Yahya, Rizaman
(2021)
Pembangunan Model Pemikiran Kritis
Remaja Muslim Untuk Kurikulum
Pendidikan Islam.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Pemikiran Kritis Remaja
Muslim Berasaskan Kurikulum Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini
menggunakan kajian Reka Bentuk Dan Pembangunan atau Design And Development
Research (DDR), Richey dan Klien (2007). Kajian ini melibatkan tiga fasa utama
iaitu i) fasa analisis keperluan, ii) fasa reka bentuk dan pembangunan iii) fasa
penilaian. Model kurikulum Tyler (1949), pandangan pemikiran Ibn Khaldun (1332-
1406) dan pandangan pembangunan modal insan Al-Ghazali (1058-1111) telah
dijadikan sebagai asas utama tunjang kajian. Objektif fasa pertama atau fasa analisis
keperluan dijalankan bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model pemikiran
kritis remaja Muslim berasaskan kurikulum Pendidikan Islam melalui persepsi
pengguna. Justeru, kajian tinjauan diaplikasikan dengan satu set soal selidik
diedarkan kepada 370 orang guru Pendidikan Islam di seluruh Malaysia. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science
(SPSS) versi 21 merujuk kepada data situasi masa kini dan jangkaan masa depan
dengan menggunakan statistik deskriptif. Fasa kedua merupakan fasa reka bentuk
dan pembangunan dengan tumpuan kajian keseluruhannya menjurus terhadap
keputusan pakar. Bagi mendapatkan data, kaedah temu bual dijalankan ke atas lima
orang pakar dalam bidang pemikiran kritis dan dianalisis dengan menggunakan
Perisian Qualitative Data Analysis ALTAS ti versi 8 bagi melabelkan kod dan tema.
Actions (login required)
|
View Item |