Kaitan Antara Penglibatan Remaja Di Pusat Remaja Luar Waktu Persekolahan Dengan Kemakmuran:Satu Kajian Kes Tentang Kafe@Teen Di Pulau Pinang

Sobri, Nur Ashikin (2020) Kaitan Antara Penglibatan Remaja Di Pusat Remaja Luar Waktu Persekolahan Dengan Kemakmuran:Satu Kajian Kes Tentang Kafe@Teen Di Pulau Pinang. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (647kB) | Preview

Abstract

Salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan remaja untuk berkembang dengan baik ialah dengan penubuhan pusat remaja luar waktu persekolahan seperti Kafe@TEEN. Pusat remaja seumpama ini berpotensi meningkatkan kemakmuran dalam kalangan remaja tetapi keberkesanannya belum banyak dikaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penglibatan remaja di pusat remaja luar waktu persekolahan dengan kemakmuran, dengan berfokuskan kepada Kafe@TEEN di Pulau Pinang sebagai satu kajian kes. Selain itu, kajian ini turut mengkaji hubungan antara aktiviti-aktiviti kreatif dan keterikatan sosial dengan kemakmuran. Hal ini bertujuan mengenal pasti peranan aktiviti-aktiviti kreatif dan keterikatan sosial sebagai pengantara dalam hubungan antara penglibatan remaja di pusat remaja luar waktu persekolahan dengan kemakmuran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 18 May 2022 08:33
Last Modified: 18 May 2022 08:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52525

Actions (login required)

View Item View Item
Share