Mat Ghani, Norhayati
(2020)
Media Sosial Dan Jenayah Siber Dalam Kalangan Wanita Muda Melayu Di Pulau Pinang.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Media sosial telah membawa banyak kemudahan kepada masyarakat terutamanya dalam aspek perhubungan dan komunikasi. Namun, individu atau kumpulan tertentu telah menyalahgunakan media sosial ini sebagai platform untuk mereka melakukan kegiatan jenayah, terutamanya kepada golongan wanita muda. Wanita muda menggemari aktiviti dalam talian seperti memuat naik gambar, melakukan pembelian dan berkenalan dengan rakan baharu. Aktiviti seperti ini telah mendedahkan mereka kepada risiko jenayah siber. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji tingkah laku yang mendedahkan wanita muda kepada risiko jenayah siber, mengkaji pengalaman jenayah siber dalam kalangan wanita muda Melayu di Pulau Pinang dan menganalisis kesan jenayah siber kepada wanita muda.
Actions (login required)
|
View Item |