Aplikasi Kaedah Istinbat Ayat Ahkam Dalam Penganalisisan Data Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam

Kamaruddin, Kasimah (2020) Aplikasi Kaedah Istinbat Ayat Ahkam Dalam Penganalisisan Data Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (512kB) | Preview

Abstract

Penggunaan kaedah analisis data yang bersesuaian dengan objektif dan persoalan kajian amat penting dalam sesebuah penyelidikan. Aspek falsafah dan alat analisisnya perlu diambil kira sekiranya kajian yang dijalankan itu berkaitan Islam dan orang Islam. Hal ini disebabkan, epistemologi dan tasawur kaedah analisis data lazim adalah bertunjangkan falsafah Barat dan menggunakan akal semata-mata. Malah, dari sudut alat analisisnya juga, tidak mencapai tahap untuk menganalisis kajian berkaitan Islam dan orang Islam terutama yang berkaitan dengan permasalahan hukum. Dalam Islam, proses penyelesaian permasalahan dalam al-Qur’an mahupun Hadith adalah menggunakan pendekatan kaedah usuliyyat al-lughawiyyat (kebahasaan). Berdasarkan permasalahan ini, maka seharusnya penyelidik menggunakan alternatif lain bagi menganalisis hukum berkaitan Islam dan orang Islam.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-253 Islam
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 08 Apr 2022 03:34
Last Modified: 08 Apr 2022 03:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52243

Actions (login required)

View Item View Item
Share