Rahman, Mohd Faisal Abd
(2005)
Aplikasi Reka Bentuk Berbantukan Komputer (Cad)
Dalam Reka Bentuk Dalaman Ruang Pejabat Pada Era
IT Di Malaysia.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kesan perkembangan teknologi maklunjat (IT) di Malaysia hasil daripada pembangunan projek Koridor Raya Multimedia telah membangunkan banyak bangunan pintar khususnya bangunan pejabat institusi. Secara tidak langsung, bidang ini sangat memerlukan golongan yang pandai mengguna pendekatan inovatif dalam melahirkan idea dan konsep reka bentuk ruang dalaman bangunan pejabat selari dengan kesan perkembangan tersebut. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana revolusi grafik digital telah memberi nafas baru dalam bidang reka bentuk ruang dalaman pejabat. Dengan penurunan kos dan peningkatan kecekapan pada komputer dan perisian yang digunakan, ramai pereka khasnya arkitek dan pereka bentuk dalaman kini tertumpu kepada integrasi Reka Bentuk Berbantukan Komputer (CAD) dalam melaksanakan proses kerja-kerja reka bentuk. Dalam penyelidikan ini, tiga perisian reka bentuk berbantukan komputer dan grafik dua dimensi (2D) telah dipilih sebagai subjek-subjek untuk dianalisis. la dipilih kerana tahap populariti penggunaannya dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman. Perisian tersebut ialah AutoCAD 2002, 3D Studio Viz dan Corel Draw 11. Perisian 3D Studio Viz merupakan perisian yang popular digunakan untuk visualisasi 3 dimensi (3D) iaitu pembinaan model 3D digital, penjanaan bahan pada permukaan objek dan pembikinan animasi 3D manakala perisian Corel Draw 11 pula lebih banyak digunakan untuk penyuntingan imej 2D. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengupas masalah dan faktor yang dihadapi semasa mereka bentuk ruang dalaman bangunan pejabat, iaitu bermula daripada proses pada peringkat perancangan sehinggalah kepada proses kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat yang telah siap. Dalam hal ini, penyelidikan ini juga mengukur tahap keperluan penggunaan CAD dalain kerja reka bentuk ruang dalaman pejabat.
Actions (login required)
|
View Item |