Mahmood, Nik Ab. Aziz Nik
(2009)
Suatu Penilaian Aspek-Aspek Reka Bentuk Rumah Teres Kos Rendah Perumahan Kerajaan Negeri Kelantan Dari
Perspektif Islam.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Rumah memainkan peranan penting dalam kehidupan keluarga Muslim. Reka
bentuknya hendaklah dapat membantu penghuninya melaksanakan pengamalan
Islam seterusnya menjurus kepada hala tuju matlamat kehidupan manusia iaitu
memperolehi kejayaan (Al-falah) di dunia dan akhirat. Idea kajian ini bermula
dengan isu rumah tiga bilik tidur (dengan bilik mandi dan tandas berasingan)
sewajamya menjadi sebagai suatu penyelesaian kepada keluarga Muslim bagi
menggantikan pembinaan rumah dua bilik tidur sedia ada. Oleh itu, penyelidikan ini
bertujuan menilai pembangunan terkini rumah teres kos rendah (RAKR) Kerajaan
Negeri Kelantan berasaskan pematuhan reka bentuknya menurut syariah Islam.
Teknik soal selidik dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul data-data yang
diperlukan. Berasaskan kajian literatur, dua kaedah penilaian dapat didefinisikan
untuk kajian ini iaitu: (1) Ruang dalaman melibatkan bilik tidur, ruang tamu, dapur,
bilik mandi dan tandas; (2) Faktor reka bentuk melibatkan ketauhidan, keperluan dan
kemampuan, sosial dan budaya, mesra alam dan kesihatan. Lima buah kawasan
perumahan RAKR yang terlibat dalam bancian kajian ini iaitu RAKR Semut Api II,
RAKR Bunut Susu, RAKR Gunung, RAKR Dangar II dan RAKR Gua Musang 11.
Data yang telah dikumpulkan kemudiaannya dianalisis menggunakan kaedah
deskriptif statistik. Nilai frekuensi, peratus, peratus valid dan peratus kumulatif
digunakan dalam pembentukan graf penilaian. Lima aras pematuhan yang digunakan
ialah sangat tidak baik, tidak baik, tiada komen, baik dan sangat baik. Penemuan
kajian mendapati bahawa pematuhan ke atas reka bentuk rumah Islamik hanya pada
tahap ‘Baik’. Ia menunjukkan bahawa reka bentuk rumah RAKR telah menjurus
kepada reka bentuk Islamik tetapi masih belum mencapai tahap sangat baik. Walau
bagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti dan cadangan garis
panduan reka bentuk serta konsep prototaip dikemukakan bagi tujuan
penambahbaikan ke atas reka bentuk rumah teres pada masa hadapan. Cadangan
kajian lanjut juga dikemukakan bagi mengembangkan lagi ilmu dalam bidang kajian
ini.
Actions (login required)
|
View Item |