Pembinaan Dan Kesan Modul Pintas Terhadap Motivasi Pencapaian, Kemahiran Belajar Dan Prestasi Akademik Mahasiswa Berpencapaian Rendah

Rahman, Ahmad Razif Abd (2021) Pembinaan Dan Kesan Modul Pintas Terhadap Motivasi Pencapaian, Kemahiran Belajar Dan Prestasi Akademik Mahasiswa Berpencapaian Rendah. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (425kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina Modul PiNTAS (Program Intervensi Akademik Siswa) serta menguji kesannya terhadap motivasi pencapaian, kemahiran belajar dan prestasi akademik mahasiswa berpencapaian rendah. Fasa pertama kajian ini adalah melibatkan pembinaan Modul PiNTAS menggunakan Model Pembinaan Modul Sidek yang mengandungi dua fasa utama iaitu (i) Penyediaan Draf Modul, dan (ii) Mencuba dan Menilai Modul. Manakala fasa kedua kajian ini melibatkan pengujian kesan Modul PiNTAS terhadap motivasi pencapaian, kemahiran belajar dan prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa berpencapaian rendah. Kesahan Modul PiNTAS dilaporkan pada tahap tinggi iaitu sebanyak 89.00 hasil analisis daripada sembilan orang penilai pakar. Manakala kebolehpercayaan Modul PiNTAS pula mencatatkan nilai Cronbach’s Alpha melebihi 0.70 iaitu 0.908. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen ujian pra dan pasca satu kumpulan digunakan dalam kajian ini. Seramai 14 responden yang terdiri dalam kalangan mahasiswa berpencapaian rendah (GPA di bawah 2.5) daripada tiga buah universiti awam telah dilibatkan. Modul PiNTAS menggunakan pendekatan kaunseling (6 sesi) dan bimbingan (3 sesi) yang merentasi tiga fasa utama iaitu, Pengesanan, Pemulihan dan Pengupayaan. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dan Instrumen Kemahiran Belajar (IKB) digunakan untuk mengukur motivasi pencapaian dan kemahiran belajar responden. Manakala prestasi akademik diukur melalui perbandingan keputusan peperiksaan akhir responden

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 23 Feb 2022 07:39
Last Modified: 23 Feb 2022 07:39
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51630

Actions (login required)

View Item View Item
Share