Yusoff, Mohd. Nasir
(1984)
Penempatan Rakit Di Kuala Semantan, Temerloh, Pahang
Satu Kajian Kes : Mengenai Struktur, Lokasi, Dan
Sosio-Ekonomi Penduduk.
Project Report.
Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Kajian ini adalah mengenai petempatan Rumah Rakit (Petempatan Rakit) di Kuala Semantan, Temerloh, Pahang. Aspek yang
menjadi pokok persoalan kepada kajian ini adalah mengenai lokasi
petempatan Rakit dan sosio-ekonomi penduduknya.
Petempatan adalah merupakan satu fenomena Geografi Manusia.
Manusia perlu mencari sebuah tempat tingga1(petempatan)
sebagai tempat permulaannya untuk menjalankan aktiviti kehidupan sehari-hari. Samada untuk aktiviti sosio-ekonomi, komunikasi, pergerakan, bermasyarakat dan sebagainya. Manusia akan
membuat pilihan yang sebaik mungkin di dalam menentukan jenis
petempatan mereka. Tetapi pilihan tersebut hanyalah terbatas
kepada pemikiran dan pengalaman yang ada. Terbatas kepada aspek persekitaranpya, peluang, taraf pencapaian dan keupayaan,
serta bergantung kepada beberapa kelebihan yang didapati dari
lokasi petempatan yang dipilih. Terdapat berbagai-bagai bentuk
petempatan manusia di dunia ini. Segala-galanya memancarkan
sifat-sifat yang terdapat pada penduduknya dari berbagai aspek
seperti taraf kehidupan, corak hidup, norma, nilai dan kebudayaan.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang petempatan Rakit. Seperti dari aspek personaliti petempatan Rakit
ini, sifat-sifat, bentuk, stuktur dan lokasinya. Kajian ini
juga untuk mengetahui tentang pertalian petempatan Rakit dengan
para penduduknya.(seperti sosio-ekonomi dan lain-lain).
Sebab musabab kewujudannya, kepentingannya serta kelebihan
dan kelemahan yang ada padanya(Khasnya di kawasan kajian). Di
Malaysia, terdapat berbagai bentuk petempatan. Dari bentuk petempatan
pertanian hinggalah ke petempatan bandar. Sunguhpun
terdapat petempatan Air di Malaysia, seperti di Sabah, Selangor
dan beberapa negeri lain. Tetapi ini tidaklah serupa dengan petempatan Rakit yang dikaji.
Actions (login required)
|
View Item |