Lee, Tze Jiun
(2007)
Kajian Perbandingan Aktiviti Peroksidaan Lipid Secara In-Vitro
Bagi Ekstrak Mimosa Pigra Dan Aplikasi Ekstrak Sebagai
Antioksida Dalam Pemakanan Tilapia.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Sebanyak 36 ekstrak Mimosa pigra telah diuji aktiviti antioksidanya dengan
menggunakan ujian ferik tiosianat (FTC) dan asid tiobarbiturik (TBA). Didapati
ekstrak rendaman air suling (daun) mempunyai aktiviti antioksida terbaik dalam ujian
FTC, manakala ekstrak rebusan etil asetat (campuran batang, ranting dan daun)
mempunyai aktiviti antioksida terbaik dalam ujian TBA. Secara keseluruhannya,
didapati ekstrak rebusan air suling (campuran batang, ranting dan daun) mempunyai
aktiviti antioksida terbaik dalam kedua—dua ujian. Kajian diteruskan dengan memilih
sembilan ekstrak terbaik antioksida daripada 36 sampel tadi untuk menjalani ujian
aktiviti antioksida (ekstrak disingkirkan klorofil dengan menggunakan kaedah
kromatografi kertas) [tujuh dari ekstrak rebusan iaitu metanol (campuran batang,
ranting dan daun), metanol 80% (campuran batang, ranting dan daun), etanol 70%
(campuran batang, ranting dan daun), etil asetat (campuran batang, ranting dan
daun), metanol 80% (batang), metanol (daun), etanol (daun); dua dari ekstrak
rendaman iaitu etanol 70% (batang) dan etil asetat (batang)]. Dalam ujian ini, sampel
ekstrak air suling diabaikan dalam pemilihan ini kerana ketiadaan klorofil semasa
pengekstrakan dilakukan. Didapati ekstrak rebusan metanol 80% tanpa klorofil
(campuran batang, ranting dan daun) menunjukkan aktiviti antioksida terbaik dalam
ujian FTC manakala ekstrak rendaman etanol 70% tanpa klorofil (batang)
menunjukkan aktiviti antioksida terbaik dalam ujian TBA. Secara keseluruhannya,
ekstrak rendaman etanol 70% tanpa klorofil (batang) menunjukkan aktiviti antioksida
terbaik dalam ujian tersebut. Dengan membuat perbandingan antara ekstrak rebusan
air suling (campuran batang, ranting dan daun) dengan ekstrak rendaman etanol
70% tanpa klorofil (batang), didapati ekstrak rebusan air suling (campuran batang, ranting dan daun) masih menunjukkan aktiviti antioksida yang lebih tinggi daripada
ekstrak rendaman etanol 70% tanpa klorofil (batang). Maka, ekstrak rebusan air
suling (campuran batang, ranting dan daun) digunakan sebagai makanan tambahan
dalam diet ikan secara in-vivo.
Actions (login required)
|
View Item |