Law, Sze Yung
(2007)
Perang Dan Perlanunan Dl Sarawak
Pada Era Penjajahan Abad Ke-19.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Tesis ini mengkaji tentang sejarah perang dan perlanunan di
Sarawak pada era penjajahan Kesultanan Brunei dan Dinasti Brooke pada
abad ke-19. Ia memberi fokus utama kepada sejarah perang menentang
penjajahan yang dilancarkan oleh para pembesar dan pemimpin tempatan dan
pengikut-pengikut mereka. Tesis ini juga membincangkan tentang sejarah dan
isu perlanunan di Sarawak serta kaitannya dengan perang yang tercetus pada
era penjajahan Dinasti Brooke.
Kajian ini mendapati bahawa pada umumnya pembesar dan
penduduk Siniawan berperang menentang Pengiran lndera Mahkota (Gabenor
Brunei yang memerintah Sarawak) kerana mereka menentang kezaliman dan
pemerasan yang dilakukan oleh gabenor tersebut ke atas mereka. Selain itu, ia
juga disebabkan oleh faktor sosial dan ekonomi. Walau bagaimanapun, perang
tersebut bukan disebabkan oleh isu perlanunan.
Berkaitan dengan perang yang berlaku pada era penjajahan Dinasti
Brooke, kajian ini mendapati bahawa penduduk tempatan dan kerajaan Brooke
telah mengemukakan sebab-sebab yang berbeza mengapa mereka berperang
antara satu dengan lain. Pada umumnya, para pembesar dan pengikut-pengikut
mereka melancarkan perang ke atas kerajaan Brooke kerana menentang
penguasaan kerajaan Brooke ke atas mereka dan pada masa yang sama
mereka mahu mempertahankan kebebasan dan 'status quo' serta memelihara
adat resam dan cara hidup. Bagi kerajaan Brooke, James Brooke sering
menggunakan kegiatan melanun sebagai alasan utama untuk melancarkan ekspedisi menghukum musuh-musuh politiknya dan golongan yang menentang
kerajaan. Manakala Charles Brooke menggunakan alasan untuk
menghapuskan amalan berburu kepala dan untuk mengwujudkan keamanan di
Sarawak apabila melancarkan serangan ke atas ketua orang lban dan para
pengikut mereka yang tinggal di hulu sungai yang masih engkar dan enggan
tunduk kepada kerajaan.
Actions (login required)
|
View Item |