Leka Main: Puisi Rakyat Iban - Satu Analisis Tentang Bentuk Dan Fungsi

Anak Osup, Chemaline (2017) Leka Main: Puisi Rakyat Iban - Satu Analisis Tentang Bentuk Dan Fungsi. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (13MB) | Preview

Abstract

Tesis ini ialah satu usaha untuk menganalisis puisi rakyat Iban yang dikenali sebagai leka main. Ia mempunyai dua tujuan utama - pertama, menganalisis bentuk, stail dan struktur leka main. Kedua, mengkaji fungsinya dalam masyarakat Iban dan mengkategorikannya mengikut fungsi-fungsi yang berbeza. Sebagai satu bentuk seni sosial, leka main perlu dianalisis dalam konteks persembahannya. Selain melihat bentuk, stail dan struktur, tesis ini juga mengkaji beberapa aspek persembahan leka main termasuk audiens, mod dan gaya persembahan, peralatan muzik dan peralatan lain yang berkaitan. Untuk menganalisis fungsi leka main dalam masyarakat Iban, tesis ini memanfaatkan idea dan pandangan fungsionalis dalam sosiologi sastera yang menekankan fungsi-fungsi sosio-budaya sastera.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 12 Jan 2022 00:31
Last Modified: 12 Jan 2022 00:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51135

Actions (login required)

View Item View Item
Share