Noh, Khairul Arifin Mohd
(2007)
Analisis Data Graviti Dan Magnet Bagi Mengesan
Struktur Batuan Dasar Di Kawasan Delta Sungai
Pahang.
Masters thesis, Perpustakaan Hmzah Sendut.
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan bagi memodelkan dan menjelaskan struktur
geologi, terutamanya batuan dasar melalui analisis medan keupayaan. Bagi
tujuan tersebut, dua kaedah medan keupayaan telah digunakan iaitu kaedah
graviti dan kaedah magnet. Dalam kajian ini, sebuah lembangan sedimen
pesisir pantai telah dipilih sebagai lokasi kajian iaitu Delta Sungai Pahang yang
berkedudukan di Pekan Pahang. Kajian ini melibatkan analisis data
termasuklah penurunan, pelarasan dan pelicinan data. Dua kaedah pentafsiran
terlibat dalam kajian ini iaitu pentafsiran secara kualitatif dan pentafsiran secara
kuantitatif. Analisis dalam kajian ini dilakukan secara manual dan secara
kendalian komputer dengan bantuan beberapa perisian komputer. Pentafsiran
kualitatif adalah dirujuk secara terus berdasarkan peta kontur anomali yang
dihasilkan, manakala pentafsiran kuantitatif adalah berdasarkan permodelan
data. Hasil daripada pentafsiran secara kualitatif didapati anomali daripada
kedua-dua kaedah medan keupayaan menunjukkan korelasi yang baik dengan
memberikan bentuk yang serupa pada lokasi yang sama. Melalui pentafsiran
kuantitatif, dengan permodelan matematik bersepadu bagi data graviti dan
magnet dapat ditafsirkan bahawa lokasi kajian dibentuk oleh aktiviti batuan
dasar, terutamanya rejahan basalt dan wujud fenomena metamorfisme sentuh.
Kehadiran struktur rejahan basalt adalah seperti yang dijangkakan dalam
pentafsiran secara kualitatif. Model daripada data magnet lebih menunjukkan
keluasan kawasan rejahan, manakala model graviti lebih kepada lokasi rejahan
individu dan penentuan zon metamorfisme sentuh. Pentafsiran keseluruhan kajian ini adalah dengan penggabungan rekod-rekod data geologi dan geofizik
terdahulu.
Actions (login required)
|
View Item |