Barman, Arunodaya
(2008)
Students' Learning Style of School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia.
Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Stail pembelajaran ditakrifkan sebagai, bagaimana seseorang menyedari, berhubungan
dengan, dan berttindakbalas terhadap persekitaran pembelajaran (Keefe, 1979). Oleh
kerana stail pembelajaran berbeza bagi setiap individu, terdapat kemungkinan perbezaan
stail pembelajaran yang besar antara satu sama lain walaupun didalam kumpulan yang
spesifik.
Mengetahui stail pembelajaran pelajar boleh membantu pengajar membentuk situasi
pembelajaran yang bersesuaian (Amin, 2000). Jadi adalah penting untuk mengenalpasti
stail pembelajaran pelajar-pelajar untuk merangka kaedah pengajaran yang lebih
berkesan untuk pelajar.
Metodologi
Inventori stail pembelajaran V ARK digunakan untuk mengkaji stail pembelajaran.
Kesemua 988 orang penuntut perubatan tahun 1 hingga tahun 5 adalah populasi kajian.
Tujuh puluh dua peratus daripada mereka memberikan maklumbalas kepada inventori
stail pembelajaran tersebut.
Keputusan
Daripada 713 responden, 510 daripadanya mernilih satu, 148(20.76%) memilih dua, 54
(7.57%) memilih tiga dan 1 (.1 0%) mernillih empat stail pembelajaran. Majoriti pelajar
melayu (24.8%) memilih stail pembelajaran membaca/menulis manakala china (26.1 %)
dan India (40.0%) memilih stail pembelajaran kinestetik. Peratus tertinggi (24.6%)
responden perempuan memilih stail pembelajaran membaca/menulis manakala responden
·Ielaki (25.4%) memilih stail pembelajaran kinestetik.
Perbincangan dan kesimpulan
Kepelbagaian pemilihan stail pembelajaran pelajar-pelajar adalah merupakan satu
cabaran kepada tenaga pengajar bagi menemui keperluan pendidikan kesemua pelajar.
Pencapaian pelajar dipengaruhi oleh adaptasi stail pembelajaran tenaga pengajar. Tiga
puluh peratus daripada pelajar adalah multimodal. Mereka mungkin berkebolehan bela jar
apa-apa cara pembelajaran yang digunakan. Sebahagian besar pelajar-pelajar telah
dikenalpasti sebagai mernilih satu stail pembelajaran.
Perhatian harus diambil untuk kumpulan pelajar ini apabila menyediakan bahan-bahan
pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Hasil kajian ini akan digunakan
oleh penasihat akademik apabila membincangkan keputusan kegagalan mentee mereka.
Actions (login required)
|
View Item |