Keberkesanan Program Reka Bentuk Animasi 3 Dimensi (3d) Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

Subri, Shafilla (2018) Keberkesanan Program Reka Bentuk Animasi 3 Dimensi (3d) Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (252kB) | Preview

Abstract

Industri animasi di Malaysia dianggarkan kira-kira berjumlah sebanyak 114 buah syarikat berstatus MSC Malaysia yang terlibat dalam sub-sektor animasi. Prospek industri animasi kreatif tempatan merupakan salah satu produk yang diketengahkan dalam menjana punca pendapatan Negara. Program pengajian animasi 3 dimensi (3D) merupakan satu bidang yang baru dan dapat menarik minat ramai pelajar sama ada di peringkat pengajian tinggi, vokasional dan juga sekolah. Permasalah utama kajian ini ialah kajian lepasan hanya secara individual yang hanya melihat kepada kebolehpasaran dan pembelajaran secara berasingan. Tiada kajian menyeluruh didalam satu kerangka mengenai keberkesanan dari segi reaksi, pembelajaran, sikap dan hasil keseluruhan terhadap program 3D animasi di institusi pengajian tinggi. Elemen dinilai melalui empat sudut pandangan perspektif pihak berkepentingan iaitu pelajar akhir, graduan bekerja, tenaga akademik dan wakil industri. Pendekatan kajian yang digunakan secara kaedah kualitatif secara temubual dengan menggunakan teknik purposive sampling. Kajian ini melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang menawarkan program animasi dalam pengkhususan animasi 3D dan industri animasi 3D. Hasil kajian terhadap aspek reaksi mendapati perkara seperti subjek kursus, tempoh masa dan kepakaran tenaga akademik sering dibangkitkan oleh empat kumpulan responden. Manakala bagi aspek pembelajaran pula terdapat kekurangan dari segi kefahaman dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Selain itu, bagi aspek sikap pula menunjukkan isu berkaitan kemampuan kendiri, kemahiran dan pengetahuan menjadi topik utama dibincangkan dalam maklumbalas yang disampaikan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 04 Oct 2021 07:39
Last Modified: 04 Oct 2021 07:39
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/50127

Actions (login required)

View Item View Item
Share