Zakaria, Mohd Ramizu Abdullah @
(2018)
Sistem Pemasaran Secara Berbilang Tingkat Dalam Herba Penawar Al Wahida : Satu Analisis Dari Perspektif Maṣlaḥah.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Isu-isu maṣlaḥah dalam pemasaran MLM belum dapat dipastikan secara menyeluruh. Kekeliruan ini berkemungkinan disebabkan wujudnya kesimpulan mudah dalam menghukumkan perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menjelaskan kedudukan maṣlaḥah dan kepentingannya dalam pensabitan hukum dalam perniagaan MLM, menganalisa beberapa isu yang berbangkit mengenainya dan juga menilai pelaksanaan HPA Industries Sdn Bhd terhadap langkah-langkah yang diambil berdasarkan sistem MLM dari perspektif maṣlaḥah. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data. Berdasarkan hasil kajian, didapati wujudnya gharar pada syarat kerja dan peranan yang kurang jelas bagi melayakkan seseorang menerima bonus generasi (level) ke 10 berdasarkan Pelan Pemasaran HPA. Selain itu, perlantikan anggota panel syariah HPA juga didapati tidak telus kerana terdapat di kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan tertinggi HPA. Ini boleh menimbulkan keraguan dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh panel syariah mengenai perniagaan MLM. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu syarikat HPA sebagai syarikat milik bumiputera muslim untuk meningkatkan usaha memperkemaskan lagi perjalanan perniagaan MLMnya agar lebih mendatangkan maṣlaḥah sebagaimana yang digariskan dan berdaya saing di pasaran yang lebih luas. Selain itu, diharap agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan pengkaji lain untuk kajian pada masa akan datang.
Actions (login required)
|
View Item |