Ibrahim, Nurul Suhaida
(2018)
Pengetahuan Dan Amalan Isti‘Ᾱdhah
Dalam Kalangan Pelajar Universiti
Awam.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Isti‘ᾱdhah membawa maksud memohon perlindungan, merupakan satu bentuk
ibadah yang dituntut dalam Islam. Terdapat dua jenis konsep Isti‘ᾱdhah yang menjadi
amalan masyarakat sejak dulu lagi. Pertama, isti‘ᾱdhah yang mematuhi kehendak dan
syariat Allah S.W.T dan kedua adalah isti‘ᾱdhah yang bertentangan dengan syariat dan
ianya boleh membawa kepada syirik serta kekufuran. Kekufuran dan kebaikan tidak boleh
bersama walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Justeru, hal ini amat berkait rapat
dengan pengetahuan dan amalan kehidupan seharian. Dan, bagi kajian ini telah difokuskan
kepada pelajar yang mana kejayaan sebenar pelajar adalah diukur daripada keupayaan
mereka dalam menghayati agama, berpengetahuan yang benar dan beramal dengan
amalan yang menurut syarak. Sehingga kesan daripada pengetahuan dan amalan tersebut
mampu melahirkan seorang pelajar yang sempurna dari segi emosi, jasmani, intelek dan
rohani. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan amalan isti‘ᾱdhah
dalam kalangan pelajar Universiti Awam sama ada pengetahuan dan amalan mereka
mematuhi syariat Allah S.W.T atau sebaliknya. Secara lebih khusus, kajian ini
mengfokuskan kepada dua buah Universiti Awam sahaja iaitu USM dan UNIMAP. Kajian
ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen
soal selidik. Instrumen soal selidik mengandungi tiga rukun isti‘ᾱdhah iaitu memohon
perlindungan, sesuatu yang dipohon perlindungan darinya dan sesuatu yang dimohon
perlindungan kepadanya. Data kuantitatif diperoleh melalui set soal selidik yang dijawab
oleh 439 orang pelajar USM dan UNIMAP sebagai responden.
Actions (login required)
|
View Item |