Kebimbangan dan kawalan kendiri ibu semasa melahirkan: kajian terhadap primigravida dl Hospital Universiti Sains Malaysia

Ali, Hafiaton Mohd (2008) Kebimbangan dan kawalan kendiri ibu semasa melahirkan: kajian terhadap primigravida dl Hospital Universiti Sains Malaysia. Project Report. Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (881kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memahami perhubungan diantara tahap kawalan kendiri ibu semasa melahirkan dengan tahap kebimbangan dalam kalangan ibu yang melahirkan untuk kali pertama di HUSM. Selain itu, faktor perkaitan diantara tahap kawalan kendiri ibu dengan faktor sosio demografi dan sosio ekonomi juga cuba dikenalpasti. Kajian keratan lintang ini telah dijalankan di wad posnatal (2 Topaz) HUSM dan seramai 64 responden terlibat. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik Skala Fungsi Agen Sersalin (SFAS) dan Visual Analogue Scaleruler (VAS-ruler). Tahap kawalan kendiri ibu semasa melahirkan dikategorikan kepada 2 kategori iaitu tahap kawalan kendiri rendah seramai 32 responden (50%) dan juga tahap kawlan kendiri tinggi iaitu seramai 32 responden (50%). Min skor bagi SFAS ibu ialah 46.63 (SP = 9.154) dengan julat markah antara 26 hingga 65. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa tahap kawalan kendiri ibu dan kebimbangan berkait secara negatif (P = 0.000). Sementara itu, berdasarkan ujian Khi-Kuasa Dua dan ujian ANOVA dapat dibuktikan yang tahap kawalan kendiri dengan faktor sosio demografi mahupun faktor sosio ekonomi tidak mempunyai perkaitan yang signifikan (P > 0.05). Secara keseluruhannya, kawalan kendiri merupakan penentu yang besar kepada kepuasan dan pengalaman melahirkan yang positif. Sehubungan dengan itu persediaan kelahiran adalah panting dan menjadi tanggungjawab ahli profesional kesihatan (Sidan, Doktor dan Jururawat) untuk menyediakan ibu dengan informasi yang cukup berkaitan kelahiran dan bekerjasama dalam merangka pelan perawatan yang berkualiti dan holistik.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: kelahiran
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Monograph
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 29 Jul 2021 03:46
Last Modified: 29 Jul 2021 03:46
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49515

Actions (login required)

View Item View Item
Share