Nasir, Nur Nasliza Arina Mohamad and Ahmad, Jamilah (2015) Sikap dan tingkah laku Gen Y terhadap amalan ‘Budi Bahasa, Budaya Kita’. Malaysian Journal of Youth Studies, 12. pp. 243-259. ISSN 2180-1649
|
PDF
Download (11MB) | Preview |
Abstract
malan ‘Budi Bahasa, Budaya Kita’ semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat Malaysia khususnya Gen Y. Bercakap kasar, menconteng harta benda awam, tidak menghormati orang tua adalah beberapa amalan tidak berbudi bahasa yang sering dilakukan oleh Gen Y pada masa kini sehingga mencetuskan kebimbangan semua pihak. Ini adalah kerana, Gen Y merupakan aset yang berharga kepada negara kerana kebolehan dan keupayaan mereka dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Maka adalah penting untuk mendidik dan mempengaruhi generasi ini agar mengaplikasikan amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dalam kehidupan kerana, kebolehan, keupayaan dan keistimewaan generasi ini tidak akan sempurna dan berguna kepada negara jika akhlak dan peribadi mereka tidak dijaga dan dipelihara. Kajian ini bertujuan untuk memahami pengetahuan, sikap dan tingkah laku Gen Y terhadap amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dalam kehidupan mereka. Hasil kajian mendapati, pengetahuan Gen Y terhadap amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ adalah tinggi. Majoriti responden memahami amalan atau perkara yang digolongkan sebagai berbudi bahasa. Majoriti responden beranggapan bahawa, amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ adalah penting untuk dipraktikkan serta merupakan satu kewajipan dan kemestian bagi masyarakat untuk mengaplikasikannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media |
Divisions: | Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Article Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Jamilah Ahmad (Communication) |
Depositing User: | Administrator Automasi |
Date Deposited: | 17 Jun 2021 02:43 |
Last Modified: | 17 Jun 2021 02:43 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/49309 |
Actions (login required)
View Item |