Penolakan Brunei Terhadap Gagasan Malaysia, 1961 - 1963

Shaari, Diyaodin Hj. (2019) Penolakan Brunei Terhadap Gagasan Malaysia, 1961 - 1963. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (512kB) | Preview

Abstract

Negeri Brunei sejak dari awal lagi tidak bersetuju dengan rancangan British untuk menyatukan Brunei, Sarawak dan Sabah, kerana dasar ini hanya bertujuan untuk meringankan kewangan British seperti mana yang berlaku ke atas Negeri-Negeri Melayu Besekutu pada tahun 1896 yang digunakan untuk menyelesaikan masalah kewangan negeri-negeri yang kurang maju. Idea Malaysia telah dibangkitkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura pada 21 Mei 1961. Melalui perundingan yang dijalankan, Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963 tanpa Brunei kerana permohonan Brunei untuk mengawal hasil minyak negeri tersebut untuk selamalamanya ditolak oleh kerajaan Persekutuan yang memberikan syarat iaitu Brunei cuma boleh berkuasa ke atas hasil minyak mereka untuk tempoh 10 tahun sahaja setelah menyertai Malaysia. Selain daripada itu, kerajaan Persekutuan meminta supaya Brunei mempertimbangkan penemuan telaga minyak yang baharu agar ianya mejadi hakmilik Persekutuan, tetapi tidak dipersetujui oleh Brunei. Pendirian Brunei ini telah disokong oleh kerajaan British berdasarkan Perlembagaan 1959. Terdapat empat objektif utama kajian ini. Pertama, membincangkan perkembangan politik dan perlembagaan Brunei sebelum gagasan Malaysia. Kedua, meneliti peranan Suruhanjaya Brunei dalam rundingan-rundingan penubuhan Malaysia yang dijalankan dalam tempoh 1961-1963. Ketiga, mengkaji sebab-sebab Sultan Brunei menolak cadangan penubuhan Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 10 May 2021 07:16
Last Modified: 10 May 2021 07:16
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49128

Actions (login required)

View Item View Item
Share